08 March 2011

Internet mobile Maxis yang teruk?

Pernah menggunakan Internet Mobile?
Jika pernah, bagaimana prestasi anda?

Sop kadang-kadang akan menggunakan Internet Mobile dari Maxis jika kawasan Sop pergi tiada akses BB DiGi, BB bermasalah atau juga BB tertinggal di pejabat atau rumah. Seperti sekarang, Sop online menggunakan Internet Mobile yang dilanggan untuk 1 jam.

Apa yang Sop kurang senang dengan perkhidmatan Internet Mobile Maxis sekarang ini ialah langganan yang lambat diterima. Contohnya apabila Sop apply, kadang kala tidak berjaya. Ada juga ketikanya lama, baru berjaya langgan sehingga tertidur-tidur menunggu. Pernah sekali, Sop apply awal malam tetapo tidak berjaya tetapi akhirnya menerima SMS berjaya langgan jam 3 pagi. Siapa yang hendak online bila dah tidur? Masa apply kalau tak silap jam 10.00 malam. Rugi sahaja kreadit langgan tersebut.

Apa yang Sop perasan, apabila waktu malam sangat bermasalah. Kalau cuba langgan pasti agak lambat menerima SMS berjaya atau langsung tidak berjaya. Jika waktu siang ia lebih cepat dan kurang bermasalah.

Sop menyambung internet dari handphone menggunakan sambungan bluetooth. Ia sangat mudah dan tidak memerlukan wayar. Setakat ini kelajuan kurang memberasangkan berbanding menggunakan modem broadband.

Walaupun ia kurang baik tetapi kadang-kala menjadi penyelamat diwaktu memerlukan. Sekurang-kurangnya baik ada dari tiada langsungkan?


Anda mempunyai pengalaman mengenai internet mobile ini?


EmoticonEmoticon