21 March 2011

Galaxy Tab menjadi router wireless

Dalam 2-3 hari ini, Sop masih tempoh membuat explore Galaxy Tab yang digunakan. Sebelum beli, memang Sop tidak pernah kaji fungsi-fungsi yang ada hanya sempat lihat spec dan ciri menarik utama sahaja.

Setakat ini, masih kekok menggunakannya dalam beberapa aspek seperti menaip, memasang perisian dan lain-lain. Namun begitu, prestasi Galaxy Tab sangat baik.

Fungsi baru yang Sop baru guna Galaxy Tab ialah jadikannya sebagai 'router wireless'. Ini adalah kali pertama Sop mencuba dan ia sangat berkesan. Berkesan maksud Sop ialah ia sangat mudah dan kelajuan internet juga adalah baik. Sekarang Sop menggunakan laptop dan sambungan internet ialah menggunakan wireless Galaxy Tab. Ini bermakna, Sop beleh sharing internet ke beberapa laptop jika ingin gunakan ienternet bersama.

Oleh itu, Sop tidak perlu membuat sambungan USB atau bluetooth untuk mendapatkan internet dari Galaxy Tab. Jika sebelum ini, Sop ada membuat entry mengenai kesukaran menggunakan alaxy Tab untuk aktiviti blogwalking, mungkin ini adalah cara penyelesaiannya. Untuk blogwalking, Sop boleh gunakan laptop (jika berada di rumah atau pejabat).

Jika rakan-rakan ada ciri-ciri menarik lain mengenai Galaxy Tab, bolehlah berkongsi dengan Sop yer.. :)


EmoticonEmoticon