05 March 2011

Design rumah idaman - rumah contoh PV

Jika melawat rumah contoh, pasti terpegun dengan design yang dipamerkan. Ini kerana design rumah yang dibina  perlu menarik untuk menarik pelanggan untuk membeli rumah yang dijual. Rumah contoh yang Sop singgah ini ialah Platinum Victory Taman Melawati. Sebelum ini beberapa kali kami singgah ke rumah contoh Plactinum Victory di Danau Kota. Pada mulanya untuk singgah lihat rumah contoh, kemudian semasa beli dan tandatangan perjanjian dan lain-lain lagi. Apabila singgah ke pejabat jualan, pasti akan masuk ke rumah contoh. Adalah seronok untuk melihat design yang dibina. Disamping mencuci mata, boleh juga kami cuba-cuba mendapatkan idea apabila rumah siap nanti.

Antara yang menarik perhatian kami ialah set bilik tidur dan ruang tamu. Design bukan sahaja menarik tetapi juga  sesuai untuk digunakan. Jika hendak tiru sepenuhnya pasti sukar kerana harga mesti hebat tetapi sekurang-kurangnya boleh tiru konsep yang digunakan.

Jika anda ingin melihat rumah contoh oleh Platinum Victory ini, sila ke pejabat jualan di Jalan Genting Kelang atau juga di Taman Melawati. Terdapat fasa baru masih dalam jualan. Rumah kondominum yang sangat menarik dan harga yang sesuai.

Galeri gambar:


















EmoticonEmoticon