07 March 2011

Cerpen: Bukan indah #8

Taping! Nantikan kehadiran aku esok, akan aku tamatkan riwayat kau.....[Episod 7]
Hari ini adalah hari penentuan! Kekejaman Taping akan aku hentikan. Akan aku kembalikan Cempaka! Begitu tinggi semangat aku. Segala ilmu yang diperturunkan oleh Pak Rahim menjadikan aku sangat yakin untuk mengalahkan Taping. Aku tidak pernah merasai semangat dan kekuatan yang ada sekarang. Ini adalah masa untuk menunjukkan siapa yang siapa paling hebat.

Setelah mendapat restu Pak Rahim, aku bersama dengan beberapa pemuda Bukan Indah menuju ke kawasan Taping. Seperti sangkaan aku, Taping telah bersedia menanti kehadiran kami. Semua pengikut beliau sedang menunggu kehadiran kami di depan rumah Taping.
"Taping, lepaskan Cempaka jika engkau mahu selamat!" jerit aku.
Tiba-tiba Taping keluar dari rumah bersama Cempaka.
Apa! Adakah ini benar?
Takkan ia ialah Rosli? Bukankan Rosli telah hilang di hutan 3 tahun dahulu dan pihak berkuasa mengandaikan beliau telah dibaham harimau?
Rosli merupakan rakan sepermainan aku dari kecil. Kami amat rapat banyak melakukan aktiviti bersama. Berita kehilangan Rosli bermula semasa beliau ke hutan untuk menangkap ayam hutan. Pada hari tersebut, beliau turut mengajak aku bersama. Oleh kerana pada hari tersebut aku perlu membantu ayah mencari madu, beliau akhir beliau pergi seorang diri. Hari tersebut adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Rosli.

Tidak aku sangka Taping yang aku dengar selama ini di Bukan Indah merupaka Rosli, rakan baik aku! Kenapa Rosli berubah menjadi seorang yang kejam?

Rosli sendiri terkejut apabila melihat aku yang datang. Beliau tidak menyangka orang yang bakal mencabar dia ialah aku iaitu rakan baiknya sendiri! Kami menjadi kelu...
Adakah perlu teruskan perhitungan ini?
Jika ya, pasti ada yang akan kehilangan nyawa!
Suasana sangat genting dan kaku.....


..... bersambung lagi da.... :)


EmoticonEmoticon