28 March 2011

Azfar suka binatang peliharaan

Azfar seorang yang suka bintang peliharaan. Ini dapat dilihat jika beliau terserempak denagn kucing atau apa sahaja binatang peliharaan. Jika terdapat gerai atau kedai yang menjual binatang peliharaan, beliau pasti tekin melihatnya.

Semasa balik kampung, terdapat beberapa ekor kucing peliharaan. Setiap masa dia duduk bermain dan belai kucing tesebut.

Semalam semasa di Tasik Titiwangsa, terdapat gerai di Car Boot Sale yang menjual beberapa binatang peliharaan seperti arnab, kucing, tikus, dan beberapa jenis lain lagi. Azfar seronok bermain dengan arnab sehingga dipujuk untuk balik.

Buat masa ini belum sesuai untuk pelihara bintang peliharaan. Tunggu Azfar besar sedikit mungkin boleh beliau pelihara. Lagipun, bila rumah atas kurang sesuai untuk perlihara binatang. Mungkin perlihara ikan boleh kot?

Sop sendiri telah lama tidak perlihara ikan. Kali terakhir Sop perlihara ialah ikan Toman. Selepas melepaskan ikan Toman tersebut, Sop tidak lagi pelihara sebarang jenis ikan. Sekarang ini jika hendak perlihara ikan, Sop perlu mendapatkan akuarium yang baru.

Anda suka perlihara apa pula?



Published with Blogger-droid v1.6.8


EmoticonEmoticon