Agak sukar blogwalking dengan Galaxy Tab

Setelah Sop memiliki Galaxy Tab, perkhidmatan broadband telah dihentikan dengan menggantikan pelan data telefon bimbit. Perancangannya ialah Sop akan lebih banyak berblog menggunakan Galaxy Tab dari segi menulis dan juga blogwalking.

Untuk menulis blog, Sop tiada masalah kerana Market Android menyediakan perisian untuk blogger. Ia memiliki ciri-ciri yang baik untuk memudahkan blogger menggunakannya.

Namun begitu, untuk aktiviti blogwalking Sop mengalami sedikit masalah apabila melawat blog rakan. Masalah yang timbul ialah apabila shoutbox blog rakan yang menggunakan script 'hide'. Pelayar Galaxy Tab tidak support script tersebut dan menyukarkan untuk Sop meninggalkan jejak. Jika ada entry yang menarik perhatian, Sop biasanya akan tinggalkan komen dan ia tiada sebarang masalah.

Oleh itu, jika rakan-rakan tinggalkan jejak, biasanya Sop akan balas jejak tersebut cuma tidak tinggalkan mesej di shoutbox sahaja. Adalah rugi juga jika tidak meninggalkan jejak di shoutbox kerana ia mampu memberi sumber traffic sangat baik.

Oleh itu, Sop akan cuba mencari perisian pelayar internet yang mampu support semua script untuk memastikan dapat meninggalkan jejak.
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Anonymous
AUTHOR
16 April, 2014 02:14 delete

I think this is one of the most significant info for me.
And i'm glad reading your article. But should remark on some general things, The site style is ideal, the articles is really nice : D.
Good job, cheers

Here is my weblog Watch The Wolf of Wall Street online free

Reply
avatar