26 February 2011

Ramai yang kecewa dengan Nuffnang?

Akhir-akhir ini Sop melihat lebih ramai yang agak kecewa dengan Nuffnang. Mungkin kerana pendapatan yang berkurangan atau juga buffered earning semakin menyepi. Oleh sebab itu, ada yang cuba beralih arah dan mencuba sesuatu yang baru. Mungkin berbaloi untuk mencuba atau juga sebaliknya, kesannya siapa yang tahu?

Jika sebelum ini ramai blogger yang membuat entry tentang BE dan traffic tetapi sekarang agak jarang kelihatan. Mungkin tiada apa yang istimewa hendak tunjukkan? Mungkin juga ramai yang semakin menurun semangat berblog? Yang pasti, ada yang terus bersemangat berkongsi dalam penulisan. Disamping itu, ada kelihatan agak lemah dan kurang memberi komitmet.

Walau apa yang terjadi, jangan lupa tujuan utama berblog. Berkongsi, berkarya, berhujah, bermesra dan lain-lain 'ber' lagi... Tidak dinafikan, pendapatan adalah motivasi yang terbaik tetapi jika terlalu berharap, ia boleh membunuh motivasi itu. Kekal aktif dan jadi yang terbaik!

Berdasarkan pemerhatian Sop, pendapatan Nuffnang berkurangan sejak muncul iklan 'per deal' ini. Walaupun ia mengeluarkan iklan setiap masa tetapi tidak semua klik iklan mampu memberi pendapatan. Pakej-pakej tawaran masih berkurangan yang boleh menarik pembaca mendapatkannya. Contoh pakej belajar musik, makanan, restoran dan sebagainya. Pelanggan kurang berminat untuk booking dahulu berbanding terus ke kedai dan dapatkannya. Mungkin jika barang-barang ICT, komunikasi, internet dan sebagainya lebih mendapat perhatian. Hanya pandangan..

Diharapkan dunia blog akan meriah dengan pendapatan kembali!
Hajat dihati nak jadi jutawan blogger nih! huhuhuh....


EmoticonEmoticon