Modifikasi kereta - kepuasan atau menunjuk?


Memang kereta yang dimodifikasi sentiasa menjadi tumpuan. Bukan sahaja kerana kelainan, tetapi bentuk yang menjadi cantik dan hebat! Mereka sanggup berhabis beribu-ribu malah perpuluh-puluh ribu untuk perkara tersebut. Kadangkala, kereta tersebut tidak lagi kelihatan seperti asal. Kuasa injin juga telah dipertingkat!

Sop sendiri sangat berminat untuk modifikasi kereta ini! Malah, semasa zaman menjadi mat rempit, semua motor yang dimiliki telah dimodifikasi. Semasa tersebut, sangat puas kerana dapat bersaing dengan rakan-rakan. Kesannya, sering ketakutan dengan roadblock dan disaman.. huhuhuh..

Namun sekarang, perkara tersebut tidak lagi berlaku walaupun keinginan untuk modifikasi kenderaan ada. Tidak kemana juga modifikasi ini. Kos-kos modifikasi boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih penting.

Kalau untuk pertandingan atau perniagaan, dapat juga hasil tetapi jika hanya untuk suka-suka, apa faedahnya?


Mungkin rakan-rakan mempunyai pendapat? 
Jom komen?
Previous
Next Post »