Lepak minum di Bangi Kopitiam, Batu Caves

Sop pernah membantu membangunakan blog sebuah persatuan penduduk. Selepas pembangunan, Sop meminta AJK ditubuhkan untuk memastikan blog tersebut sentiasa dikemaskini untuk menyampaikan maklumat kepada ahli. Sop ingin memuji persatuan tersebut yang menggunakan ICT sebagai salah satu cabang penyampaian maklumat kepada ahli dan penduduk.

Selepas terdapat AJK yang dilantik, pengerusi persatuan penduduk tersebut telah membuat janji untuk berjumpa dan meminta membuat taklimat kepada AJK tersebut. Kami telah berjanji untuk berjumpa di Bangi Kopitiam Batu Caves. Ini kerana Bangi Kopitiam menyediakan kemudahan WiFi yang memuaskan. Hasil taklimat selama hampir 2 jam, perjumpaan kami selesai.

Ini adalah kali pertama Sop singgah di Bangi Kopitiam. Sebelum ini, kopitiam lain selalu juga singgah. Mungkin tiada cawangan di sekitar rumah Sop kot.. :)

Pada pendapat Sop, Bangi Kopitiam sama seperti kopitiam yang lain. Ia menggunakan pendekatan yang sama dari segi design, makanan dan perkhidmatan. Mungkin sambutan yang menggalakkan terhadap kopitiam, banyak kopitian telah wujud.


Anda selalu singgah di Bangi Kopitiam?

Galeri gambar:


Previous
Next Post »