21 February 2011

Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi

Pasti seronok jika dapat melihat konsert pertama dari Pak Nil! Maklum sahaja, pengacara No. 1 Asia ini yang seba boleh (mengacara, berlakon, DJ dan menyanyi) pasti akan memberi sesuatu yang menarik. Kepada ahli Nuffnang, boleh cuba untuk mendapatkan tiket konsert secara percuma dengan penyertaan mudah. Ikuti petikan dari web Nuffnang berikut:
Ya betul! Penyampai radio, pelakon dan pengacara serba boleh ini (atau lebih dikenali sebagai Pak Nil) akan memanaskan lagi hari anda nanti dengan konsert sulungnya yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa! Selain aksi spontannya, anda semua akan turut dihiburkan dengan nyanyian dan tarian Pak Nil yang akan diiringi dengan penari dan kumpulan poco-poco nya yang pastinya tidak akan membuat anda kering gusi! Bukan itu sahaja, beberapa artis popular juga akan turut diundang sebagai tetamu Aznil yang akan menyempurnakan petang untuk acara bersama keluarga itu.

Ramai yang mungkin bertanya, eh, boleh ke Uncle Aznil ni bernyanyi? Lagu apa yang bakal dinyanyikan nanti? Haa kalau nak tahu, kena la datang dan tengok sendiri! Konsert ini berkonsepkan kekeluargaan. Jadi, kalau anda rasa nak bawa anak-anak dan isteri beserta ibu bapa anda, konsert ini memang idea yang terbaik! Kalau nak bawa satu kampong pun lagi boleh!

Buat pengetahuan anda, konsert ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 10.00pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

Buat peminat setia Pak Nil yang ingin turut serta ke konsert ini tetapi tidak berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui Nuffnang, jangan risau! Sebab anda juga boleh mendapatkan tiket tersebut dengan melayari www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan tiket melalui Internet. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan tiket, anda juga boleh menghubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848.

Jom tengok konsert Pak Nil....!


EmoticonEmoticon