Kejar trafik blog atau trafik kejar blog?

Mungkin tajuk agak mengelirukan bukan?
Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah anda mengejar trafik atau trafik yang mengejar blog anda?
Seperti yang dibincangkan dan tips yang diberikan oleh ramai blogger serta laman web, kita perlu mengejar trafik blog kerana tanpa trafik, bukan sahaja blog tidak dikenali malah entry yang dibuat tidak akan dibaca. Untuk jana pendapatan blog juga perlukan trafik. Apabila perkara ini berlaku, muncul pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan menerima trafic. Ada yang menggunakan cara yang betul dan ada yang menggunakan cara sebaliknya. Ada yang menggunakan autoblogwalking untuk jana trafik, ada yang menggunakan iframe, ada yang membuat spam dan sebagainya.

Bagaimana pula untuk memastikan trafik mengejar blog kita?
Apabila melihat blog yang berjaya, kita akan dapat tahu bagaimana usaha yang dilakukan. Bukan sekelip mata ia berjaya! Ia bermula dari bawah, belajar dari kesilapan, sentiasa membuat penambahbaikkan dan sebagainya. Sop suka jadikan mereka yang berjaya sebagai idola dan pembakar semangat. Sop juga cuba analisis bagaimana teknik dan cara mereka gunakan untuk berjaya.

Antara tips yang menjadikan trafik mengejar blog kita adalah seperti berikut:

  • Artikel dan penulisan yang baik
  • Sentiasa kemaskini dan update entry blog
  • Memastikan memberi faedah kepada pelawat (maklumat, hiburan, info dan sebagainya)
  • Pelawat selesa dan mudah mengakses blog
Oleh itu, adalah penting kita fokus kepada entry blog dan berusaha memberikan yang yang terbaik. Semoga trafik akan sentiasa mengejar blog kita.

Apa pendapat anda pula?
Previous
Next Post »