Hipokrit dalam penulisan blog?

Apa itu hipokrit penulisan penulisan blog?
Dalam penulisan pun ada hipokrit?

Mungkin pelbagai persoalan lain lagi yang menjadi tanda tanya. Sop sendiri tidak pasti, adakah hipokrit itu wujud? Mungkin ya, mungkin juga tidak!
Hipokrit merujuk kepada penulisan dan penceritaan yang berbeza dari perkara sebenar. Ia dilakukan untuk memasikan blog menjadi lebih menarik dan mendapat lebih ramai pengunjung. Ia juga dilakukan melalui unsur-unsur penambahan kepada cerita untuk menjadikan ia lebih meletup.

Dari segi realitinya, ia adalah seperti menipu pembaca. Tetapi adakah penipuan itu memberi kesan kepada pembaca? Pada pendapat Sop, ia tidak memberi sebarang kesan. Ini kerana biasanya pembaca hanya membaca blog.

Hipokrit juga digunakan untuk bermegah-megah dan menonjolkan diri. Dengan menyampaikan entry-entry yang hebat mengenai diri dan blog, ia mampu menaikkan status blogger.

Selain itu, hipokrit digunakan untuk mewujudkan identiti yang berlainan dari dunia sebenar. Mungkin perwatakan di blog adalah berbeza berbanding di dunia sebenar. Ia berbeza bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga melibatkan tingkahlaku dan keperibadian.


Adakah perlu kita menjadi hipokrit dalam dunia blog?
Previous
Next Post »