28 February 2011

HB pun jadi mangsa klik-klik?

Semasa blogwalking, terjumpa beberapa mesej tentang HB di shoutbox mengenai klik-klik. Ia sama seperti kes Nuffnang dulu-dulu masa tolong menolong klik dan selepas mendapat amaran, ia kembali reda. Selepas kemunculan HB, perkara sama kembali terjadi.

Mula tu, Sop tak tahu juga HB tu apa sebab Sop belum lagi join HB. Peringkat awal ada diperkenalkan oleh rakan-rakan tetapi belum tergerak untuk sertai. Lagipun, iklan di blog RH agak banyak setakat ini iaitu Nuffnang dan Google Adsense. Jika ditambah, lagi banyak iklan berada di blog RH.

Berdasarkan entry rakan-rakan blogger, ada yang berjaya mendapat banyak pendapatan dari HB ini. Malah ada yang 2 atau 3 kali telah membuat cash out. Kebanyakaan yang laju mendapat pendapatan HB ini apabila mendapat ramai downline.

Oleh itu, kepada rakan-rakan blogger perlu guna cara yang betul untuk mendapat pendapatan. Bantu membantu memang baik tetapi jika ia bantu klik-klik akan merosakkan sistem pengiklanan itu sendiri. Kesannya pengiklan tidak akan berjaya dan blogger sendiri akan rugi.

Adalah penting menjadi blogger yang matang demi kebaikkan bersama.
Apa pendapat anda?


EmoticonEmoticon