15 February 2011

Hasil Nuffnang telah kosong!

Setelah agak lama Sop menyimpan pendapatan Nuffnang, akhirnya malam tadi dengan berat hati menekan butang tebus bayaran. Pada asalnya, Sop hendak simpan pendapatan tersebut sehingga ke jumlah yang telah disasarkan tetapi oleh kerana pendapatan Nuffnang perlahan, pengeluaran dibuat juga.

Kebetulan bulan ini, banyak pula perbelanjaan diperlukan. Paling terasa apabila rumah yang dibeli oleh Sop akan memulakan potongan gaji pada bulan depan. Ia menjadi pertambahan perbelanjaan kerana rumah tersebut belum lagi siap. Kos perbelanjaan meningkat sekali ganda dari sekarang. Alangkah baik kalau pendapatan internet mampu menanggung peningkatan kos tersebut! Setakat ini, pendapatan internet hanya mampu menyara kos broadband sahaja.. huhuhu

Rata-rata blogger sekarang agak perlahan mendapat pendapatan dari Nuffnang. Dari kemaskini beberapa blogger yang biasa Sop lawat juga ketandusan Buffered Earning (BE). Sop sendiri agak lama tidak disinggah dengan BE.
Mungkin pengiklan tidak lagi berminat untuk mengiklan dengan Nuffnang? 
Mungkin kerana jumlah blogger bertambah memberi kesan?

Semoga pendapatan dari pengiklanan akan bertambah kembali.

Anda bagaimana pula? Masih rancak menerima pendapatan?


EmoticonEmoticon