12 February 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Sebenarnya tertarik dengan cerita ini apabila mendengar review dari rakan-rakan dan iklan oleh Astro Cinema. Timbul juga minat untuk melanggan Astro Cinema cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tetapi takut tak best pula. Rugi sahaja subscribe nanti.

Oleh kerana DVD belum lagi keluar, terpaksa Sop download dulu dari internet untuk menonton. Oleh kerana minat sangat untuk menonton, guna broadband pun tak apa. Janji boleh tengok mengenai cerita tersebut. Fail yang didownload adalah format .MKV. Oleh itu, saiz failnya adalah lebih kecil iaitu 350mb sahaja. Bagaimana hendak menonton di TV nanti? Boleh burn fail .MKV tersebut menggunakan perisian ConvertXtoDVD atau MKV Converter.

Sekarang ini, baru sahaja selesai part 1 dan baru bermula download part 2. Dengan kelajuan broadband sekarang (limit baru refresh), setiap fail memakan masa lebih kurang 1 jam. Lepas ini, belum sempat hujung bulan, pasti akan abis limit 3gb kouta bulanan.

Jika anda juga ingin download filem ini, sila guna link di bawah:

Download Part 1
Download Part 2

Kualiti? Belum pasti. Untuk kualiti terbaik, belilah DVD original. :)


EmoticonEmoticon