24 February 2011

Cerpen: Bukan indah #7

Pada hari ketiga, tiba-tiba berlaku gegaran yang dasyat di dalam gua tersebut! Batu-batu mula runtuh, laluan dihadapan aku kelihatan telah tertutup! Abislah aku kali ini! Pasti tidak akan selamat jika aku tidak keluar dengan segera! Ketika aku mula untuk bergerak, tiba-tiba akar-akar mula melilit aku dan menarik aku ke dalam tanah. Aku tidak dapat bergerak! Nyawa aku kini dihujung tanduk.

Adakah ini pengakhiran pertapaan aku?
Adakah di sini akan menjadi kubur aku? Episod 6

Dalam suasana yang cemas tersebut, aku seperti telah dibisik oleh seseorang supaya bertenang dan ingat segala pesanan Pak Rahim. Aku pejamkan mata dan fokus! Dengan tiba-tiba, keadaan menjadi tenang.. Suasana sangat sunyi sepi...

Apabila membuka mata, didapati aku kini berada di puncak Gunung Kilat. Permandangan sungguh indah. Udara yang segar dan angin sepoi-sepoi bahasa dapat dirasai. Kni, aku rasa tenang dan setenangnya.

Tiba-tiba Pak Rahim muncul di depan aku. Opocot..!
"Tahniah, anak telah berjaya mengakhiri pertapaan." Ucap Pak Rahim
"Bagaimana pakcik boleh sampai ke sini?" soalan itu yang pertama muncul.
"Ini ilmu yang akan pakcik ajarkan seterusnya." Jawab Pak Rahim ringkas.

Ilmu ghaib? Ternganga aku bila mendengar penjelasan Pak Rahim. Perasaan aku sangat teruja! Tidak sangka, Pak Rahim seorang guru yang hebat. Setelah diberikan beberapa bacaan mentera, Pak Rahim terus hilang. Kini tiba masa untuk aku pulang.

Aku pejamkan mata, tenangkan diri dan fokus. Dengan bacaan mentera yang diajar berakhir, tiba-tiba aku berada di depan rumah Pak Rahim. Semua sedang menanti aku di depan rumah. Aku tercari-cari wajah yang aku rindu-rindukan. Namun tidak kelihatan. Agaknya Cempaka sedang menyiapkan hidangan untuk aku, maklum sahaja telah 3 hari aku tidak menjamah makanan.

Kenapa semua nampak sedih? Tidak gembirakah kejayaan aku mengakhiri pertapaan?

Apa??! Darah aku membara kehangatan! Kegembiraan aku berjaya pulang dari pertapaan lenyap begitu sahaja. Perasaan marah meresap ke seluruh badan! Tangan mula menggigil!

"Biar saya selesaikan Taping sekarang juga pakcik!" ucap aku apabila mendengar berita yang Cempaka telah diculik oleh Taping semalam.
"Sabar, kita habiskan perguruan anak malam ini dan esok kita akan sama-sama dapatkan kembali Cempaka". Jawab Pak Rahim.

Disebelah malam, upacara ringkas telah diadakan untuk menamatkan sesi perguruan aku. Aku dimandikan dengan minyak panas dan langkah-langkah jurus terakhir diberikan. Sebelum bersurai, Pak Rahim memberi pasanan supaya aku sentiasa mengingati semua ilmu yang diperturunkan. Pastikan aku sentiasa bertenang dalam segala keadaan.

Taping! Nantikan kehadiran aku esok, akan aku tamatkan riwayat kau.....

Bersambung.......


EmoticonEmoticon