Bowling Wangsa Walk yang penuh

Malam ini kami bercadang untuk layan bowling di Wangsa Walk dan pada pendapat kami masa cuti perayaan seperti ini, jumlah pengunjung adalah kurang. Tekaan kami meleset apabila tiba di sini jumlah pengunjung lebih ramai dari biasa. Senarai menunggu juga agak panjang. Ini menjadikan kami berbelah bagi sama ada hendak tunggu atau sebaliknya. Tidak sangka sungguh sambutan bowling di sini sangat hangat sejak awal pembukaan sehingga sekarang. Faktor utama Wangsa Walk menjadi tumpuan ialah ia berdekatan dengan kawasan perumahan. Jom layan bowling...
Previous
Next Post »