Berhibur di taman permainan Sunway Piramid

Sungguh tidak disangka, di tengah-tengah Sunway Piramid tersebut diwujudkan pusat hiburan keluarga. Kami terserempak secara tidak sengaja semasa meronda-meronda di situ. Apabila ternampak oleh 2 hero Sop, memang mereka tidak akan melepaskan peluang tersebut.

Terdapat beberapa jenis permainan yang disediakan dan ia agak meriah (ala-ala funfair gitu). Kos dikenakan bergantung kepada jenis permainan tersebut. Ada yang berharga RM 3 dan juga RM 5 untuk satu permainan. Azfar dan Azwar bermain hampir separuh permainan yang ada di situ. Agak parah juga poket kami. huhuhu

Oleh itu, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak, sila guna laluan lain.. huhuhu (joking)

Galeri gambar:





Previous
Next Post »