Arena Funland Jusco memudahkan

Apa pentingnya Arena Funland Jusco ini? Ia membantu kami untuk makan dengan selesa apabila Azfar dan Azwar sibuk bermain. Mempunyai 2 hero memang cabaran yang tinggi. Tidak dapat bayangkan jika mempunyai lebih ramai, mungkin lagi sukar untuk makan di luar. Hanya beberapa tempat tertentu sahaja yang boleh kami makan dengan tenang. Oleh itu, jika pihak Jusco boleh bina Arena Funland ke semua cawangan adalah lebih baik. Setakat ini, Sop hanya biasa singgah di Jaya Jusco Setiawangsa. Wifi telah disediakan di semua foodcourt Jusco. Tahniah diucapkan kerana menyediakan kemudahan tersebut.
Previous
Next Post »