Analisis SEO template

Sumber traffic adalah penting kepada blog. Analisa yang diperolehi boleh dimantapkan dengan penambahbaikkan. Terdapat beberapa sumber boleh dibuat analisa seperti melalui analisa laman web Nuffnang dan juga Feedjit. Sop lebih suka menggunakan Feedjit kerana boleh diletakkan terus widget di blog. Ia memudahkan untuk Sop memantau dari masa ke semasa.

Sekarang ini, Sop sedang cuba melihat SEO template yang baru digunakan sekarang. Sop paling takut menggunakan template yang tidak mesra SEO. Sebelum ini pernah menggunakan template yang agak canggih tetapi tidak mesra SEO. Sumber traffic dari injin carian adalah termudah dan termurah. Adalah merugikan jika tiada traffic dari sumber injin carian.

Setakat ini, Sop agak kurang berpuas hati dengan traffic dari injin carian melalui template ini. Harap-harap prestasi bertambah baik. Jika tidak, selamat tinggal template ini.
Previous
Next Post »