Air buah gelas besar Seberang Takir

Gerai air buah gelas besar Seberang Takir antara yang popular di Kuala Terengganu. Sebelum ini beberapa kali singgah tetapi tidak dapat minum kerana pengujung terlalu ramai. Jika pada musim cuti, gerai ini pasti dikunjungi oleh ramai pengunjung terutama disebelah malam. Gerai ini menyediakan pelbagai jenis minuman buah. Malah air buah yang jarang ada di gerai biasa boleh didapati di sini. Sekarang ini, menu makanan juga telah bertambah seperti nasi minyak, nasi lemak, laksam dan lain-lain lagi. Kami hanya membuat pesanan air buah, keropok goreng dan laksam.
Previous
Next Post »