12 January 2011

Tangkap gambar bunga raya

Salam 1 Malaysia rakan-rakan..
Entry ini masih bercerita tentang berada di Malim Nawar. Sebelum ini, ada entry mengenai kisah berada di Malim Nawar yang mana mengenai Opah yang dimasukkan ke hospital.

Semasa menunggu pemeriksaan Opah di Hospital Kampar, telefon bimbit Sop telah kehabisan bateri. Oleh itu, keadaan menjadi bosan setelah menunggu 3 jam. Berbekalkan camera Lumix yang sentiasa dibawa, Sop menghabiskan masa dengan membiat photo shooting. Semasa itu, Sop menganggap sedang menggunakan kamera DSLR. Terbayang-bayang ketika itu jika dapat pakai DLSR, mesti best kan?

Antara gambar yang menarik perhatian Sop ketika itu ialah gambar bunga raya. Habis posisi Sop tangkap gambar bunga tersebut. Jika boleh bercakap, pasti bunga raya tersebut "Dah la tu, dah kelabu mata nih!" huhuhu..

Berikut antara gambar-gambar bunga raya yang hendak dikongsi, cantik tak? Maklum sahaja, juru gambar separuh kurang profesional yer...

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon