24 January 2011

Siapa layan So You Think You Can Dance?

Siapa layan So You Think You Can Dance?
Sejak mula lihat rancangan ini di AXN, Sop terus melekat dengan setiap musim. Walaupun Sop memang tidak tahu menari tetapi pendekatan rancangan ini mendekatkan penonton untuk mengenali dan menghayati tarian. Terdapat tarian yang mampu menyentuh perasaan penonton apabila dilakukan dengan baik. Tidak hairan jika terdapat juri yang sebak dan menangis apabila melihat persembahan tersebut.

Sop paling suka masa audition kerana pelbagai karenah peserta yang mengambil bahagian. Dari situ, aksi-aksi yang menarik dan pelik boleh kelihatan. Malah, ada yang 'membodohkan' diri untuk menarik perhatian. Bukan kerana berfikir mempunyai bakat tetapi peserta yang teruk pun boleh keluar dalam TV.

So You Think You Can Dance Musim 7 ini bermula dengan menarik dan ramai peserta yang berbakat kelihatan. Malah peserta yang tidak berjaya ke top 20 pada tahun lepas turut menyertai kembali ujibakat ini. Diharap musim ini akan terus cemerlang dan menarik!

Kepada yang belum berminat, boleh jenguk AXN setiap Isnin jam 8.15 malam. Namun ulangan akan berterusan selalu di AXN.


Agak-agak, penari Malaysia boleh lawan mereka? huhuhu


EmoticonEmoticon