17 January 2011

Shoubox VS Internet Slow

Selepas isu terdapat blogger yang menggunakan Shoutbox untuk blogwalking pantas (penipuan blogwalking), ramai yang telah membuat setting yang Shoutbox hanya boleh dipaparkan melalui laman blog yang didaftarkan sahaja. Ia dapat menghalang dari blogger tidak bertanggungjawab meletakkan Shoutbox dan menggunakan untuk blogwalking dengan tidak betul.

Kepada pemilik internet yang laju, mungkin tidak mengalami masalah ini. Namun, Sop sering mengalaminya apabila internet menjadi perlahan. Masalah yang Sop alami ialah Shoutbox di dapat dipaparkan apabila melawat. Untuk memastikan Shoutbox tersebut keluar, Sop perlu membuat refresh beberapa kali. Untuk lebih cepat, Sop menggunakan "refresh frame" sahaja untuk membuat refresh Shoutbox sahaja. Namun, apabila Shoutbox telah di'setting' ia tidak akan membenarkan "refresh frame".

Oleh sebab itu, kadang kala jika masa internet perlahan atau bermasalah, Sop agak sukar untuk tinggalkan jejak. Sebagai ganti, mungkin Sop akan tinggalkan komen.

Apa tujuan Sop bercerita mengenai perkara ini?
Tiada apa-apa, cuma luahan perasaan apabila internet perlahan... huhuhuh


EmoticonEmoticon