04 January 2011

Sasaran yang tidak tercapai 2010

Pada tahun lepas (cam lama jer), terdapat beberapa sasaran yang Sop tetapkan tidak tercapai sama ada dalam kehidupan seharian dan juga dunia blog. Semua sasaran tersebut perlu dilihat kembali dan perlu dibuat penambahbaikan.

Dalam dunia blogging, sasaran yang Sop telah tetapkan ialah untuk mencapai Alexa Rank bawah 100K. Malangnya sasaran tersebut tidak kesampaian sehingga hari ini. Semakan terkini mengenai Alexa Rank blog Riwayat Hariku ialah seperti berikut:


Untuk itu, sasaran yang perlu ditetapkan semula untuk 2011 ialah bawah 150K untuk 3 bulan. Ini bermakna pada bulan April 2011, sasaran perlu tercapai.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Sop perlu mengambil beberapa langkah seperti berikut:

  • Lebih kerap melakukan blogwalking setiap hari
  • Membuat entry yang lebih tertumpu kepada SEO
  • Lebih kerap membuat entry. Sekarang hanya 2 entry sehari, mungkin boleh ditambah kepada 3 entry atau 4 entry sehari
  • Membuat ping entry selalu
Sasaran tidak diletakkan terlalu tinggi kerana kengkangan tugas pada awal tahun. Sop perlu seimbangkan antara tugas, kehidupan seharian dan juga blog.

Semoga sasaran yang diletakkan boleh tercapai.


EmoticonEmoticon