Review HTC Aria: Semakin serasi

Setelah menggunakan HTC Aria selama seminggu lebih, Sop kini semakin serasi dengan telefon pintar ini. Setiap program, aplikasi, penggunaan semakin cekap. Contohnya pada peringkat awal penggunaan HTC Aria, masih terasa kekok dan terasa susah. Namun begitu, ia hanya berlaku dalam masa 2 hari pertama sahaja. Selepas memahami keseluruhan fungsi dan kegunaan HTC Aria, ia tiada masalah lagi.

Begitu juga dengan masalah membuat typing. Oleh kerana jari yang agak besar (besar ker?) dan butang huruf yang kecil, kadang kala ia terbabas tekan ke huruf lain. Begitu juga dengan word suggestion oleh perisian menjadikan selalu terpilih perkataan lain.

Kini, Sop semakin serasi dan kebanyakkan masalah yang dinyatakan di atas tiada lagi. Ini menunjukkan HTC Aria sangat mesra pengguna. Bagi yang ragu-ragu menggunakan telefon canggih, buang perasaan tersebut. Telefon pintar sekarang dicipta untuk memudahkan urusan, bukan menyulitkan. Oleh sebab itu, banyak shoutcut, paparan, perisian dibangunkan bagi memudahkan dan melicinkan urusan.

Kepada yang berminat dengan HTC Aria ini, teruskan dengan niat tersebut. Sila dapatkannya dan jadi salah seorang pengguna HTC!

[Promosi penganjur] Adakah anda tahu DiGi menyediakan pelan Smartphone?
Previous
Next Post »