04 January 2011

Review HTC Aria: Kegairahan

Oleh kerana selalu sangat menggunakan HTC Aria ini dimana-mana dan lebih kerap jika mendapat signal wireless, Sop telah ditegur oleh Mrs Sop. Asyik-asyik dengan smart phone!

Itu yang terjadi apabila teknologi terlalu banyak ditangan. Ketika menerima isyarat wireless, talian mana yang Sop pernah guna akan disimpan dalam senarai dan apabila mendapat isyarat tersebut, secara automatik ia akan disambungkan. Ketika itu, emel-emel akan mula masuk. Secara tidak ebut langsung, kita akan buka untuk membacanya.

Begitu juga dengan laman social yang lain seperti Facebook dan Twitter. Status akan diupdate secara automatik. Malah, Sop lebih rajin membuat post status sama ada di Facebook atau Twitter.

Hubungan kamera dengan laman sosial tersebut menjadikan kita lebih teruja untuk membuat posting terutama gambar dan sebagainya.

Bayangkan jika anda menggunakan pakej data yang membolehkan anda dapat menerima talian internet sepanjang masa! Segala-gala akan berada di tangan anda!


EmoticonEmoticon