12 January 2011

Penulisan blog bahasa yang skima [standard]

"Penulisan blog Riwayat Hariku (RH) sangat skima dan kurang mesra"
Itu komen yang Sop terima mengenai penulisan blog RH. Komen ini datangnya dari Mrs Sop sendiri.. huhuhu...
Mrs Sop merupakan pembaca tegar beberapa blog dan termasuk blog RH ini sendiri. Jika bukan, siapa lagi hendak support? Betul tak?

Mrs Sop membuat perbandingan dengan beberapa blog lain yang banyak menggunakan ayat-ayat pertuturan dalam penulisan. Sememangnya ayat pertuturan lebih menarik berbanding ayat standart penulisan. Ia menjadikan blog lebih santai dan entry juga menjadi menarik.

Jika dilihat secara rambang, kebanyakkan blogger wanita suka menggunakan penulisan ini. Ini kerana blogger wanita lebih mesra dan suka menggunakan penulisan ini. Blogger lelaki juga ada tetapi tidak ramai yang menggunakannya.

Apa itu penulisan ayat pertuturan?
Ia merujuk kepada ejaan perkataan berdasarkan sebutan. Contohnya seperti " tak nak, tak yah, korang tahu tak?, weii! apa korang nak nieee!! dan sebagainya.

Kelebihan penulisan ayat pertuturan adalah seperti berikut:

  • Penulisan lebih mesra
  • Menjadi identiti blog
  • Entry lebih ringkas dan mudah
  • Pembaca lebih santai
Namun begitu, penulisan jenis ini harus dipastikan sentiasa mudah difahami. Ini kerana terdapat juga kadang kala pekataan-perkataan yang digunakan terlalu complicated sehingga tidak difahami oleh pembaca.

Pada pendapat Sop, setiap jenis penulisan mempunyai kelebihan dan kekurang tersendiri. Ia juga perlu bergantung kepada keselesaan penulis juga. Apa yang paling penting, maksud atau cerita yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pembaca.

Apa pula pendapat anda?


EmoticonEmoticon