Nescafe tarikku mengandungi lipas

Gambar hiasan sahaja.
Kalau lipas ini, pengsan Sop
Harap maaf jika tajuk ini meloyakan tekan rakan-rakan.
Perkara ini terjadi tengah hari tadi yang mana Sop singgah ke sebuah restoran mamak untuk minum-minum. Tengah hari memang jarang Sop makan nasi sebab semasa sarapan, memang Sop telah makan makanan yang berat. Jika agak lapar, biasanya makan roti atau makanan ringan lain seperti kuih muih atau goreng pisang.

Perkara ini berllaku di Restoran S.A yang terletak di Seri Rampai, Setapak. Sop terpaksa menyatakan nama restoran untuk memastikan rakan-rakan berhati-hati. Restoran ini memang jarang Sop singgah tetapi ada juga sekali sekala. Ini kerana makanan tidak terlalu banyak dan pelanggan pun agak kurang.

Selepas membuat pesanan, Sop minum seperti biasa air Nescafe tarik tersebut tanpa mengesan apa-apa. Mungkin buih-buih nescafe tersebut mengaburi pandangan mata atau serangga tersebut masih belum terjun, itu Sop tidak dapat dipastikan. Disamping itu, Sop melayan WiFi KLWireless yang semenangnya terdapat di restoran tersebut.

Setelah hampir separuh dari minuman tersebut di minum, Sop perasan benda asing berada dalam minuman tersebut. Apabila diperhati, kelihatan sesungut! Diperhatikan lagi, kelihatan kaki-kaki! Mual hendak muntah mula terasa. Walaupun handphone berada ditangan, namun tidak mampu untuk mengambil gambar kerana mual yang terlampau.

Sop mengambil keputusan membayar minuman tersebut walaupun terdapat benda asing. Ini kerana Sop tidak pasti sama ada lipas tersebut telah berada atau baru terjun. Jika serangga seperti lalat, nyamuk, mungkin logoik baru masuk tetapi ini lipas! Saiz tidak sebesar lipas biasa. Mungkin anak lipas atau lipas jenis kerdil [huhuhuh] Semasa membuat bayaran, Sop maklumkan kepada penjaga mesin tunai tersebut tentang serangga yang berada dalam minuman. Selepas bayar, Sop terus beredar tanpa memperdulikan hal di restoran itu. Ini kerana perasaan hendak muntah membuak-buak. Sepanjang perjalanan ke pejabat, hanya menahan dari hendak muntah sahaja.

Semasa di pejabat hendak cuba untuk menulis entry ini tetapi tidak kemampuan kerana teringat sesungut-sesungut di dalam air tersebut. Selepas ini, pasti Sop tidak singgah lagi ke kedai tersebut!

Rasanya perkara ini pernah berlaku kepada rakan-rakan jugakan?
Previous
Next Post »