03 January 2011

Menonton wayang: The Tourist

Sudah menonton filem The Tourist? Sebuah filem lakonan oleh Angelina Jolie dan Paul Bettany yang berlakon di Paris dan Venice.

Sop menonton bersama keluarga Jumaat lepas di TGV Wangsa Walk bersama keluarga.

Jalan cerita mengisahkan Alexander seorang penipu yang telah berjaya mengaut hasil jutaan dollar dari seorang penjahat. Beliau amat dikehendaki pihak berkuasa dan juga penjahat yang ditipu tersebut. Berita telah menyatakan Alexander telah menggunakan 10 juta dollar untuk mengubah keseluruhan wajah beliau.

Angelina Jolie yang menjadi kekasih beliau merupakan penyamar oleh pihak berkuasa untuk menangkap Alexander.

Oleh kerana tiada siapa yang mengetahu wajah terbaru Alexander, pihak berkuasa mengalami pelbagai masalah untuk menjejakinya.

Pada peringkat awal, jalan cerita The Tourist ini agak perlahan. Aksi-aksi menarik juga tidak banyak di dalam filem ini. Namun, cerita ini berakhir dengan baik yang mana akhirnya Alexander dapat dijumpai oleh Angelina Jolie tetapi tidak pihak berkuasa.

Semasa menonton, Azfar dan Azwar telah bosan kerana cerita tersebut tidak menarik perhatian mereka. huhuhuhu..

Jika diberikan bintang, Sop hanya bagi 2.5 bintang dari 5 bintang.


EmoticonEmoticon