Menjadikan blogspot mesra pelayar telefon bimbit

Bagi WordPress, terdapat plugin yang khas untuk menjadikan blog mesra pelayar telefon bimbit.
Namun bagi blog blogger.com bagaimana pula?

Sebelum ini, Sop pernah mencari script atau hack yang membolehkan blog mesra dengan pelayar telefon bimbit yang berfungsi seperti plugin WordPress tetapi tiada yang berfungsi dengan baik. Namun, baru-baru ini SOp terjumpa artikel mengenai penggunakan Google Reader sebagai link untuk pelayar telefon bimbit. Ia dapat membantu menjadikan blog dipapar secara minimum dan pelawat boleh melawat blog dengan lebih ringan.

Walaupun ia hanya memaparkan artikel yang di"feed" dari blog tetapi sekurang-kurangnya boleh membantu memamparkan artikel dengan baik. Pelawat boleh membaca entry dengan penuh dan selesa dengan telefon bimbit.

Untuk memasang di blog anda, guna kod di bawah:
http://www.google.com/reader/m/view/feed/link feed blog anda
Contoh:
http://www.google.com/reader/m/view/feed/http://www.gnesop.com/feeds/posts/default


Anda boleh bina butang ke link di atas seperti di blog ini atau menggunakan "URL forward". Contoh menggunakan subdomain atau short URL.
Previous
Next Post »