Laman web sumber percuma untuk telefon bimbit

Anda memiliki laman web yang menyediakan perisian, permainan, wallpaper, ringtone dan lain-lain untuk telefon bimbit anda?
Sop kebiasaan singgah ke laman web 9mobile.com untuk mendapatkan software, ringtone, themes dan sebagainya. Terdapat banyak sumber yang dikongsikan dengan ahli laman web ini dan kebanyakkan adalah percuma. Namun begitu, terdapat juga yang dikongsi adalah trial atau versi lite.

Apa yang Sop suka di laman web ini ialah sumber yang pelbagai dan merangkumi kebanyakkan jenis telefon. Malah, ahli-ahli laman web juga sangat support apabila kita memerlukan bantuan atau penerangan. Selain itu, Sop mudah untuk mencari sesuatu di sini kerana ia boleh dicari berdasarkan jenis telefon atau juga operating system telefon.

Kita juga boleh membuat download terus dari laman web dengan menggunakan telefon bimbit. Hanya lawat laman m.9mobile.com dan masukkan kod sumber yang dibekalkan.

Anda mempunyai senarai laman web yang memberikan sumber percuma untuk telefon bimbit?
Sila kongsikan untuk rujukan bersama.
Previous
Next Post »