20 January 2011

Lagi kes blogwalking palsu

Sebelum ini, telah beberapa kali kes blogwalking (BW) palsu telah dibangkitkan oleh para blogger. Terdapat pelbagai perisian dibangunkan untuk aktiviti tidak sihat ini. Apabila para blogger bising, ia akan diam seketika sehingga program baru dicipta.

Kenapa blogger marahkan blogwalking palsu ini?
Menipu! Itu yang sebenarnya yang berlaku yang mana mereka yang menggunakan perisian ini hanya mengambil kesempatan dari aktiviti blogwalking yang dijalankan. Hasilnya, hanya satu pihak yang mendapat untung!

Sop pun kadang kala heran, bagaimana seorang blogger boleh melawat sebegitu banyak blog dalam sehari dan beberapa kali singgah pula itu!

Pendedahan berani oleh blogger Pendekar Berkuda tentang website yang menggunakan perisian tersebut memberi maklumat tentang perkara tersebut. Bayangkan dengan perisian tersebut, traffic boleh mencapai beribu-ribu sehari dan ranking meningkat dengan cepat sekali. Hasil dari itu, blog tersebut dapat untung dari pengiklanan.

Sampai bila boleh bertahan?
Semua mahu berjaya cepat tetapi tiada jalan mudah undah berjaya. Mungkin anda (penipu BW) akan berjaya tetapi apabila perkara ini terbingkar, adakah akan masih bertahan?

Sama-sama kita membanteras perkara ini demi kebaikan semua blogger!
Ikuti kempen banteras penipuan BW dalam entry berikutnya...


EmoticonEmoticon