10 January 2011

Kisah balik kampung Malim Nawar, Perak

Sebelum ini, Sop ada menghantar entry mengenai perjalanan balik kampung Malim Nawar, Perak. Semasa di Perak, Sop tidak kesempatan untuk membuat update entry kerana kepadatan aktiviti.

Tujuan kami balik ke kampung untuk melawat Opah yang sakit kerana terjatuh dalam bilik air pada Isnin lepas. Apabila melihat keadaan yang semakin teruk, kami membawa Opah ke Hospital Tapah pada jam 2.00 petang. Sebelum ini, Opah telah diurut oleh bomoh tulang, tetapi tidak berkesan.

Semasa di Hospital Kampar, peha Opah di x-ray dan hasil sangat mengejutkan. Tulang Opah patah teruk, malah telah terpusing. Mungkin akibat usaha bomoh yang cuba memasukkan tulang kembali ke tempat asal. Malah, wujuk kesan lebam pada peha Opah. Opah perlu di hantar ke Hospital Ipoh kerana tiada kepakaran tulang di Hospital Kampar. Perkhidmatan ambulan digunakan menghantar Opah. Namun begitu, Sop dan bapa mertua ke sana menggunakan kereta.

Tiba di Hospital Ipoh, Opah diperiksa sekali lagi. Hasil pemeriksaan, doktor memaklumkan kaki Opah perlu dimasukkan besi untuk menampung tulang yang patah. Jika tidak, tulang Opah tidak lagi mampu menahan bebanan jika berdiri. Kami bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut.

Namun begitu, pembedahan tidak dapat dilakukan segera kerana perlu membayar harga besi tersebut yang berharga RM850. Sebenarnya bukan masalah tiada RM850 tetapi sebenarnya ia perlu dibayar menggunakan wang pos. Di hari Sabtu dan esok pula hari Ahad, mana pajabat pos buka? Oleh itu, Opah perlu berada di wad dahulu sehingga hari Isnin. Jika kesihatan Opah baik, pembedahan boleh dilakukan pada Isnin atau Selasa selepas pembayaran dibuat.

Selesai urusan kemasukkan wad, kami pulang ke Malim Nawar. Sop tiba ke rumah Opah pada jam 11.00 malam. Semasa di rumah Opah, Sop buka laptop untuk membuat entry tetapi Broadband DiGi hanya menunjukkan status GPRS [Lemah semangat].

Pada tengah hari tadi, kami singgah ke Hospital Ipoh untuk melawat Opah sebelum balik ke Kuala Lumpur. Cerita-cerita lain semasa berada di kampung dalam entry berikutnya.

Diharap rakan-rakan dapat mendoakan agar Opah cepat sembuh. Amin.

Galeri gambar:

Baru tiba di Tol Tapah

Ini Tol Tapah yer.. huhuhu

Kiri ke kanan nih?

Selamat tiba di rumah Opah, Alhamdulillah

Hantar ke Opah ke sini dan Sop menunggu selama 3 jam di sini

Samapai di Hospital Ipoh, jam 8.00 malam. Siapa tahu nama baru Hospital Ipoh?

Iyer, betul.. Ni nama baru Hospital Ipoh

Ni singgah masa nak balik dah. Singgah R&R Hulu Bernam.
Gambar-gambar lain dalam entry lain yer. :)
Kami selamat tiba di KL jam 6.30 petang.


EmoticonEmoticon