13 January 2011

Jom makan di Said Ali, Setapak

Pernah singgah di Restoran Said Ali?
Jika tidak salah Sop, restoran Said Ali mempunyai beberapa cawangan di beberapa tempat. Walau beberapa kali melalui restoran ini, tidak pernah lagi kami singgah. Ini adalah kali pertama kami mencuba makan di sini.

Restoran Said Ali merupakan restoran masakan Melayu dan Thai. Terdapat pelbagai jenis makanan sedia untuk dipesan. Malah, satey juga boleh didapati di restoran ini.

Apa yang menarik perhatian Sop ialah konsep dan design restoran tersebut. Ia kelihatan sangat eksekutif dan menarik. Kami juga selesa berada di restoran tersebut.

Dari segi masakan, rasanya setaraf dengan masakan restoran Thai dan harga adalah berpatutan.

Restoran Said Ali juga menyediakan WiFi percuma kepada pelanggan. Pastikan anda meminta 'key WiFi' dari pekerja restoran.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon