15 January 2011

Jatuh hati dengan Galaxy Tap

Semalam singgah ke Wangsa Walk untuk Ronda-ronda dan singgah ke bahagian IT@Wangsa Walk. Mrs Sop berminat untuk mendapatkan handphone Blackberry. Selepas mendapatkan pandangan Sop, akhirnya Mrs Sop memilih BB Bold 2. Terkini, BB Bold 3 iaitu menggunakan OS versi 6.0. Namun oleh kerana Mrs Sop tidak begitu gunakan untuk multimedia, BB Bold 2 cukup memadai.

Semasa itu juga, Sop ditunjukkan dengan HTC. Teringat HTC Aria yang Sop guna sebelum ini bawah program review Nuffnang. Namun yang menarik perhatian ialah Samsung Galaxy Tap. Ketika itu, terdapat pelanggan sedang membelinya. Dengan OS Android, memiliki kamera dan mampu membuat panggilan, Galaxy Tap sangat pelbagai guna. Sesuai untuk blogger untuk membuat live blogging.

Cuma saiz agak besar iaitu separuh iPad. Namun begitu, Sop tetap berhajat untuk menggunakannya. Bila boleh dapat 1 nie?

Send by my iPad


EmoticonEmoticon