Ingin pasang laptop dengan Android


Sejak Android telah menjadi popular, masing-masing ingin menggunakannya untuk gadjet seperti handphone dan juga laptop. Pada asalnya Sop ingin memasang Android pada Vivaz (handphone yang diguna sekarang) tetapi hasil carian Google, masih belum yang cuba memasangnya. Walaupun Vivaz mempunyai alatan seperti X10 mini tetapi masih tiada yang cuba membuat pemasangan dan hack seperti Samsung Jet (Jetdroid).

Kembali kepada tajuk yang mana setakat ini, ramai yang telah memasang laptop dengan OS Android. Hasil pencarian Google, banayk web dan blog yang berkongsi tutorial dan bercerita mengenainya. Laptop Sop iaitu HP Pavilion TX2000 merupakan tablet PC. Rasanya sangat sesuai untuk memasang OS Android ini.

Namun begitu, sebelum mencubanya adalah baik Sop tanya pendapat rakan-rakan yang mungkin mempunyai maklumat tambahan atau mempunyai pengalaman?

Apa pendapat anda?
Previous
Next Post »