13 January 2011

Chop N Stick [Restoran Kapal] Kampung Baru

Chop N Stick atau juga dikenali Restoran Kapal oleh keluarga Sop rasanya tidak asing lagi oleh rakan-rakan. Restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan western food ini sentiasa dipenuhi pengunjung. Restoran yang terletak di Kampung Baru ini mempunyai cawangan di Serdang juga.

Walaupun untuk ke restoran ini perlu membayar parking [kerana tidak disediakan ruang parking] namun pelanggan tetap ramai. Malah, sanggup menunggu meja kosong untuk menjamu selera di sini.

Restoran ini mempunyai tarikan yang tersendiri dan kelebihan yang menjadikan ia sangat berjaya memikat hati pelanggan. Perkara utama untuk pengusaha restoran makanan mestilah rasa makanan tersebut. Sejak awal Sop mencuba pelbagai makanan di sini sentiasa tidak mempunyai masalah dengan rasanya.

Perkhidmatan yang disediakan oleh pekerja cukup cekap. Walaupun pelanggan memenuhi meja, namun makanan yang dipesan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk dihidangkan. Tidak seperti sesetengah restoran, bila jumlah pelanggan meningkat, servis menjadi semakin teruk.

Restoran ini juga sentiasa menaiktaraf untuk keselesaan pelanggan. Jika dilihat dari dulu, restoran ini semakin besar dan membesar. Malah, design dan tema restoran cukup menarik. Konsep kapal yang digunakan sungguh menarik dan ikan keli Afrika yang berenang mengilingi kapal tersebut menarik perhatian setiap pengunjung.

Galeri gambar:














EmoticonEmoticon