28 January 2011

Cerpen: Bukan indah #5

Belum sempat kami ke sana, keadaan menjadi riuh rendah. Kedengaran suara orang ramai mencari perlindungan.


"Abang..! cepat, kita perlu pulang segera."
"Kenapa Cempaka? Apa yang terjadi?" [Episod 4]

"Kita perlu sembunyi segera! Taping sedang menyerang!" Jelas Cempaka

Aku semakin bingung. Namun aku ikut sahaja.
Tiba di rumah, kami bersembunyi di dapur dan ketika itu Cempaka menceritakan apa yang terjadi di kampung Bukan Indah.

Taping merupakan penjahat yang cuba menghuru-harakan kampkung. Beliau dan rakan-rakan akan masuk ke kampung dan merompak sesuka hati. Jika ada yang menghalang beliau, teruk Taping akan kerjakan. Malah, ada yang telah maut semasa pertempuran dengan kumpulan Taping tersebut. Tiada pihak berkuasakan di sini?

Cempaka memaklumkan lagi bahawa Taping merupakan anak murid Pak Rahim dalam dunia pensilatan. Selepas tamat perguruan, Taping telah jatuh hati kepada Cempaka. Beliau menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Cempaka tetapi hasrat tersebut telah ditolak oleh Pak Rahim.

Walaupun Taping merupakan anak perguruan Pak Rahim, hasrat beliau telah ditolak kerana Taping berasal dari keturunan lain. Pak Rahim mahu Taping kembali kepada ibubapa beliau dan menabur jasa kepada masyarakat dengan ilmu yang diberikan. Taping yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pak Rahim mula membuat masalah di kampung tersebut. Ahli kumpulan Taping juga bertambah kerana pengaruh beliau semakin besar.

Keturunan lain?
Setelah penerangan Cempaka, baru aku sedar yang aku sekarang berada di dunia lain iaitu dunia bunian. Pada peringkat awal, aku agak ragu-ragu tentang cerita Cempaka tersebut tetapi apabila fikirkan apan yang telah berlaku, aku percaya. Taping adalah manusia yang dijumpai oleh Pak Rahim semasa sesat di hutan. Oleh kerana kesian beliau sangat lapar, Pak Rahim membawanya pulang ke dunia bunian. Selepas Taping tahu Pak Rahim merupakan seorang guru persilatan, beliau memohon untuk menjadi anak murid.

Tiada siapa boleh kalahkan Taping kerana beliau seorang manusia. Dengan ilmu persilatan yang dimiliki, tiada seorang bunian mampu mengalahkan beliau kecuali manusia juga.

Demi membalas jasa Pak Rahim dan keluarga yang membantu aku selama ini, aku menawarkan diri untuk mengalahkan Taping. Tetapi bagaimana aku hendak kalahkan Taping, tiada sebarang ilmu pertahankan diri aku belajar selama ini. Mampukah aku mengalahkan Taping?


....bersambung


EmoticonEmoticon