19 January 2011

Cerpen: Bukan indah #3

Malang tidak berbau! Ketika aku sedang memanjat pokok untuk mendapatkan madu, dahan yang aku pegang telah patah! Kedebukk!!!
Aku terdampar di tanah. Aku merasa sangat pening dan tidak mampu untuk bangun. Aku akhirnya pengsan...

Adus..! Sakitnya..
Eh, di mana aku ni? Telah matikah aku?

"Jangan bangun nak, anak belum sembuh"
Suara siapa itu, rasanya tidak pernah aku dengar sebelum ini.

"Oh, di mana saya sekarang ini pakcik?" Aku bertanya kepada pakcik yang berada di depan aku.
"Anak berada di rumah pakcik. Anak pakcik jumpa anak di bawah pokok 2 hari lepas. Orang kampung telah membantu mengangkat anak bawa ke sini."

2 hari aku pengsan? Bagaimana ibubapaku, pasti meraka akan risau. Siapa hendak uruskan mencari madu dalam dua hari ini?

"Anak jangan risau, belakang anak yang patang semakin pulih. 2 atau 3 hari lagi, anak akan boleh berjalan." Ucap pakcik tersebut.
"Terima kasih pakcik". Jawabku lemah.
"Oh ya, ini pakcik perkenalkan isteri pakcik dan anak pakcik. Anak berehat dulu yer." Sambung pakcik tersebut.

Aku yang masih risaukan tentang keluarga aku hanya mampu mengangguk. Dalam fikiran aku, pelbagai soalan timbul. Fikirkan keluarga, fikirkan diriku aku ini. Kemudian aku tersedar, dimanakah aku ini? Kali terakhir aku berada jauh di hutan. Tidak pernah aku jumpa kampung berdekatan dengan hutan ini selain kampung aku.

Sedang aku jauh berfikir, tiba-tiba anak pakcik datang bawa segelas minuman.
"Saya bawa minuman, mungkin saudara haus. Jemput minum." sambil beliau hulurkan minuman tersebut.
Aku mengambil dan meneguk air tersebut. Sungguh sedap air tersebut, sebelum ini aku tidak pernah merasai air seperti ini.
"Air apa ini? Soal aku
"Ini air susu kambing. Ia bagus untuk kesihatan saudara." jawabnya lembut.
"Siapa nama saudari?
"Saya Cempaka." jawabnya ringkas.

Cempaka? Asing sungguh nama tersebut. Sebelum ini, tidak pernah aku mendengar nama tersebut. Namun pada pendapat aku ia sangat sesuai dengan beliau. Bukan sahaja cantik tetapi perlakukan sungguh sopan. Sejak beliau menghantar minuman, mataku sentiasa tertumpu kepada beliau. Wajahnya cukup bersih dan menawan. Senyumannya membuatkan aku lupa yang sedang sakit.

"Cempaka minta diri yer.."
Tidak sempat aku bertanya dimana aku sekarang, Cempaka berlalu pergi.
Oh, dimanakah aku sekarang?
Soalan tersebut kembali menjadi tanda tanya. Aku merasakan cukup asing berada di sini. Suasana amat berlainan, orang di sini, rumah ini...

....bersambung


EmoticonEmoticon