18 January 2011

Cerpen: Bukan indah #2

Perlukah aku keluar dari kemiskinan ini?
Apa peluang yang aku ada?
Pendidikan tiada, kemahiran? Hanya mencari madu! 

 [petikan episod #1]

Jika aku keluar dari kampung ini, siapa akan membantu bapa aku untuk menyara keluarga? Adik-adik masih bersekolah! Mereka masih menumpang tulang empat kerat ini untuk terus dapat menjamah makanan!

Lagi pun, bapa sejak akhir-akhir ini sering tidak sihat. Kadang-kala terpaksa terlantar di rumah kerana tidak larat untuk bergerak. Kelihatan wajah bapa semakin hari semakin pucat.
"Tuhan, kau berilah kesihatan yang baik kepada bapaku, amin.."

Sejak bapa sering sakit, aku lebih kerap ke hutan untuk mencari maju. Aku perlukan pendapatan lebih untuk membolehkan aku membeli ubat untuk bapa. Kadang-kala, aku terpaksa masuk jauh ke hutan untuk memastikan mendapat lebih banyak madu. Aku rela menanggung berat ini demi keluarga. Mungkin ini yang bapa rasakan semasa beliau ke hutan untuk mencari rezeki.

Pada hari tersebut, aku pergi ke hutan seperti biasa untuk mencari madu. Bapa yang masih tidak sihat, aku minta beliau hanya berehat di rumah. Seperti biasa, aku menggunakan kemahiran yang diajarkan oleh bapa untuk mendapatkan madu. Tugas pencari madu bukan sesuatu tugas yang mudah. Bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi juga kesabaran. Aku perlu pandai menakluki lebah-lebih untuk mendapatkan madu tersebut. Sekiranya tersilap langkah, bukan madu yang aku dapat tetapi segat lebah yang akan di bawa balik.

Masih teringat bagaimana pertama kali aku disengat dengan lebah. Ketika itu, bapa memberi arahan meminta aku bersabar sehingga lebah reda sebelum mengambil sarang tersebut. Oleh kerana aku ingin cepat, terdapat beberapa lebah yang masih berada disitu mula menyerang aku. Beberapa tanda kenangan telah diberikan kepada aku di kepada dan muka. Sejak dari itu, aku sentiasa berhati-hati.

Malang tidak berbau! Ketika aku sedang memanjat pokok untuk mendapatkan madu, dahan yang aku pegang telah patah! Kedebukk!!!
Aku terdampar di tanah. Aku merasa sangat pening dan tidak mampu untuk bangun. Aku akhirnya pengsan...

Apa yang terjadi kepada aku?
Ikuti dalam episod seterusnya...


EmoticonEmoticon