Blog Review: Mohd Shahrul Hafizi

"Carpe diem, quam minimun credula postero-"
Apa maksud dia? Boleh rujuk dengan Shahrul. Sop sengaja letak untuk memastikan sesiapa membacanya terbelit lidah! huhuhu..

Sebelum meneruskan dengan review blog untuk hari ini, Sop tertarik dengan entry penyertaan oleh Shahrul untuk menyertai program review ini. Beliau menggunakan karangan surat sebagai entry dan hasilnya sangat menarik. Terbayang juga jika ada blog yang menggunakan penulisan warkah untuk entry blog, pasti unik! Ada yang hendak buat? huhuhu..

Review blog untuk hari ini ialah blog Mohd Shahrul Hafizi yang mula diterbitkan pada 29 Januari 2010. Pada 29 Januari ini, genap setahun usia blog beliau. Boleh celebrate ulang tahun kelahiran blog di tempat-tempat best nih! Jangan lupa jemput Sop yer.. huhuhu

Selama Shahrul bergiat aktif dalam dunia blogger, beliau antara yang aktif dalam meninggalkan komen di blog Sop. Terima kasih diucapkan atas sokongan beliau terhadap blog RH.

Apa yang menarik di blog Mohd Shahrul Hafizi?

  • Blog yang simple dan kemas. Sop sememangnya suka dengan blog yang kekal ringkas dan kemas. Ia mampu memberi load laman blog dengan cepat dan sedap mata memandang
  • Entry yang digunakan oleh Shahrul sangat bersahaja dan menggunakan ayat tersendiri. Ia adalah faktor menjadikan entry lebih original dan menarik.
  • Aktif membalas komen yang ditinggalkan di blog beliau. Tahniah dan usaha yang baik. Bukan semua mampu membalas komen dengan segera (termasuk Sop) huhuhu
  • Mempunyai PR 2. Bukan semua blog mampu memprolehi PR 2. Teruskan usaha agar terus meningkatkan taraf PR
  • Lebih menarik jika menggunakan header bergambar atau flash
  • Yang lain-lain, mungkin rakan-rakan terjah boleh komen... huhuhuh
Di bawah ini Sop paparkan gambar beliau menyertai peraduan berkaca mata sebagai promosi. Kot-kot ada awek yang berkenan. Boleh ker Shahrul?


Apa tunggu lagi, jom terjah blog Mohd Shahrul Hafizi sekarang juga. Pastikan anda menjadi follower blog beliau!

Support geng terjah:
Previous
Next Post »