12 January 2011

Berbasikal di rumah Opah, Malim Nawar

Kayuh basikal dari Kuala Lumpur ke Malim Nawar?

Tidak! Jika Azfar dan Azwar lagi 15 tahun, mungkin ya... huhuhuhu

Kisahnya basikal Azfar dan Azwar masih berada di bonet kereta dan semasa balik kampung di Malim Nawar. Bayangkan 2 biji basikal berada dalam kereta? Beg pakaian pula terpaksa dikecilkan kerana ruang bonet yang telah terhad. Nasib baik kami hanya balik kampung untuk 2 hari 1 malam sahaja. Tidak perlu membawa lebih banyak pakaian.

Pada pagi Ahad, Azfar dan Azwar sempat mengayuh basikal mereka. 

Galeri gambar:
Azfar: Eh, ade awek la.. Cik adik nak tumpang?

Nak! boleh bawa saya gi jalan-jalan?

Azfar: boleh, jom saya bawa gi Cameran, pegang kuat-kuat yer

Azfar: Jom azwar, kita ronda-ronda Cameron

Azfar: Alya pegang kuat-kuat yer. Abang bawa laju ni

Azwar: Abang, bagi Azwar bawa Alya pula..

Azwar: Jom Alya, saya bawa jalan ke KLCC pula

Azwar: pegang kuat-kuat yer Alya, nanti jatuh

Jom konvoi !!
Nota kaki: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Alya merupakan sepupu Azfar dan Azwar.


EmoticonEmoticon