10 January 2011

Ana Raffali oh Ana Raffali

Tahniah Sop ucapkan kepada Ana Raffali yang menjuarai AJL 25 malam tadi. Mungkin, malam ini akan banyak entry mengenai Ana Raffali atau AJL oleh blogger-blogger. Traffic carian Ana Raffali dan AJL 25 akan melambung-lambung. Oleh sebab itu, blogger-blogger akan berlumba mengeluarkan entry untuk traffic tersebut.

Apa yang menarik perhatian Sop mengenai Ana Raffali ialah penceburan bidang nyanyian beliau melalui Youtube. Sebelum ini, Sop pernah membuat entry mengenai mempromosikan bakat di Youtube. Semasa itu, terdapat remaja Indonesia membuat miming di upload di Youtube. Jumlah hits video mereka yang tinggi sehingga boleh mendapat tawaran berlakon.

Sekarang, Ana Raffali yang memulakan langkah awal di Youtube dan telah dicungkil oleh komposer. Siapa sangka, lagu dan lirik yang direka sendiri mampu menjuari AJL 25?

Agaknya selepas ini, ramai yang akan mempromosikan bakat-bakat yang ada di Youtube. Harus diingat, jangan pula sehingga memalukan diri sendiri pula di internet.


EmoticonEmoticon