29 December 2010

Review HTC Aria: Lawat blog dan web

Setelah melalui pengalaman pertama menggunakan telefon pintar HTC Aria, Sop terus membuat explore untuk melihat prestasi keseluruhan. Perkara utama bagi Sop selain program asas ialah internet. Seperti yang semua tahu, internet dikala ini sangat diperlukan untuk mendapat maklumat, berkongsi, berbual dan sebagai.

HTC Aria menawarkan 2 cara untuk mendapatkan capaian internet iaitu WiFi dan mobile internet. Sekiranya tiada WiFi, pelan data sangat membantu untuk kekal berada di talian. Kongsikan setiap detik pengalaman, pendapat, berborak dan sebagainya di mana-mana dan bila-bila masa.

Perkara utama yang diuji ialah melawat blog sendiri. Sungguh selesa melawat laman web menggunakan HTC Aria kerana kebebasan yang dimiliki oleh pengguna. Walaupun melawat laman web atau blog secara penuh (full web), ia tetap pantas dan paparan yang terbaik.

Ikuti entry berikutnya mengenai internet di tangan anda.

Galeri gambar:





EmoticonEmoticon