Review HTC Aria: Ke Pejabat Nuffnang

Siapa pernah ke pejabat Nuffnang?

Petang tadi, Sop perlu ke pejabat Nuffnang untuk mengambil telefon bimbit HTC Aria seperti yang telah dimaklumkan dalam entry sebelum ini mengenai terpilih dalam program DiGi Angels Phone Review - HTC Aria. Sop bergerak dari pejabat dalam jam 11.30 pagi dan dijangka akan tiba di pejabat Nuffnang pada jam 12.00 tengah hari. Namun begitu, Sop agak terlewat sedikit kerana tidak menjumpai pejabat Nuffnang. Bangunan Heritage House yang dicari tidak dijumpai sedang bangunan tersebut betul-betul di depan mata. Tulisan Heritage House yang diletak pada pintu cermin menyukarkan untuk melihatnya. Ia mengakibatkan Sop beberapa kali terpusing-pusing di jalan tersebut. Nasib baik ke sana menggunakan kuda kesayangan, boleh juga cilok sana dan sini.

Untuk makluman, ini adalah kali pertama Sop menjejakkan kaki ke pejabat Nuffnang. Biasa hanya singgah ke pejabat maya (nuffnang.com) sahaja. Pejabat Nuffnang dari pejabat Sop tidaklah jauh sangat. Namun kerana waktu rehat tengah hari, jalan agak sesak.

Tiba di pejabat Nuffnang, Sop terus diserahkan telefon HTC Aria selepas mengisi borang yang disediakan oleh Teoh Xinxian. Oleh kerana terlalu teruja, Sop terus turun sehingga helmet tertinggal di pejabat Nuffnang. Sop terpaksa naik kembali ke pejabat Nuffnang untuk mendapatkan helmet, jika tidak bagaimana hendak balik ke pejabat? [sengih]

Semasa di pejabat Nuffnang, Sop sempat jeling-jeling sekitar. Suasana pejabat Nuffnang menang menarik. Pekerja kelihatan santai dan selesa dengan suasana yang tidak begitu formal. Kebiasaan pejabat yang menguruskan perkhidmatan online semenangnya lebih santai.

Telefon HTC Aria selamat dibawa balik ke pejabat.

Ikuti entry mengenai telefon HTC Aria yang diterima dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:








Previous
Next Post »