10 December 2010

Lawat Macau: Pusat Sejarah Macau

Selepas berehat dan segarkan diri di tempat penginapan kami di Macau, aktiviti dimulakan dengan melawat Pusat Sejarah Macau. Ia tidak jauh dari tempat penginapan kami dan kami hanya berjalan sahaja.

Sepanjang jalan, Pusat Sejarah Macau dipenuhi dengan pengunjung sama ada pelancong dan juga warga Macau. Namun begitu, warga Filipina kelihatan ramai berada di sini. Berbeza dengan Hong Kong, kelihatan lebih ramai warga Indonesia. Kebetulan persiapan untuk menyambut Krismas sedang giat dijalankan.

Di Pusat Sejarah Macau, kami singgah ke Ruins Of St. Pauls, gerai baju dan kedai cederamata (beli freeze magnet).

Kemudian, kami ke Hotel Grand Lisbo untuk sesi bergambar. Hotel tersebut dan sekitarnya kelihatan gah sekali. Lampu-lampu yang menyinari hotel-hotel menjadikan ia sangat menarik. Ia seakan-akan Las Vegas dan Sop dipahamkan kawasan tersebut ialah kawasan perjudian. Oleh itu, tidak hairan lampu-lampu dibuat seperti Las Vegas.

Sambil berjalan, kami cuba mencari restoran makanan halal. Malangnya penat berjalan sekitar pusat bandar untuk mencarinya tetapi tidak berhasil. Kami mempunyai info tentang sebuah kedai makan halal tetapi agak jauh dari situ. Oleh kerana Azwar telah lena kepenatan, kami tidak dapat ke kedai tersebut. Kami cuba juga mencari kedai runcit yang menjual telur ayam untuk dijadikan telur separuh masak tetapi juga tidak dijumpai di sana.

Sebagai altenatif, malam itu kami ke Mc Donald untuk membeli kentang untuk makan malam. Stok makanan kami yang dibawa dari Malaysia hanya tinggal biskut Cipsmore sahaja.

Di Macau agak sukar untuk mendapat makanan halal. Nasib baik kami hanya singgah untuk semalam sahaja.

Galeri gambar:















EmoticonEmoticon