10 December 2010

Lawat Macau: Hotel Metropole

Setelah 5 hari berada di Hong Kong, kami bertolak ke Macau pula. Kami daftar kelaur dari guest house pada jam 12.00 tengah hari. Perjalanan menuju ke Macau sama seperti perjalanan dari Macau ke Hong Kong pada hari pertama iaitu menggunakan feri.

Dari terminal feri Macau, kami menggunakan bas shuttle menuju ke Hotel Metropole iaitu tempat penginapan kami di Macau. Penginapan di Hotel Metropole telah di tempah awal lagi sebelum kami ke Hong Kong. Hotel yang bertaraf 3 bintang (pendapat Sop) ini terletak di tengah pusat bandar Macau. Kos untuk semalam ialah HK$600.

Hotel ini menyediakan kemudahan asas seperti TV, katil, bilik air, jug masak air dan yang berkaitan. Namun WiFi tidak disediakan di hotel ini, sungguh rasa kurang sesuatu! Secara keseluruhan, hotel ini adalah selesa.

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon