Lawat Hong Kong: The Peak Tram

Selepas menjamu selera di kantin Masjid Ammar Hong Kong, aktiviti diteruskan dengan melawat The Peak Tram. Pada asalnya jadual hari ketiga di Hong Kong ialah melawat The Ocean Park tetapi memandangkan aktiviti pagi ini agak lewat, oleh itu jadual diubah.

Dari Masjid Ammar, kami berjalan menuju ke stesyen MTR untuk ke The Peak Tram. Untuk makluman, kami memang perlu banyak berjalan kerana terdapat jarak yang agak jauh juga. Tetapi oleh kerana cuaca yang dingin, ia tidak terasa sangat kepenatan tersebut. Jika di Malaysia, mungkin kami telah bermandi pekuh! Disamping berjalan, boleh juga menikmati keindahan Hong Kong lebih dekat.

Apa yang menarik di The Peak Tram?
Jika di Malaysia, ia seperti Bukit Bendera di Pulau Pinang. Perjalanan menaiki kereta api untuk ke puncak memakan masa lebih kurang 20 minit. Berada di puncak, kita akan boleh melihat keindahan permandangan Hong Kong.

Di atas The Peak Tram, terdapat kompleks membeli belah, restoran dan paling menarik ialah Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin orang-orang yang terkenal.

Sampai ke puncak, kami singgah dahulu ke Madame Tussauds. Tiket telah dibeli bersama tiket kereta api semasa di bawah. Jika beli di bawah bersama tiket kereta api, kita menerima diskaun. Peluang berada di Madame Tussaunds digunakan sepenuhnya dengan bergambar dengan hampir semua patung berada di situ. Ikuti gambar-gambar yang diambil dalam entry seterusnya.

Selesai melawat Madame Tussauds, kami meninjau sekitar The Peak Tram dan melihat keindahan permandangan Hong Kong. Cuaca di luar sangat sejuk dan berangin.

Galeri gambar:













Previous
Next Post »