10 December 2010

Lawat Hong Kong: Ocean Park

Pada hari ke empat berada di Hong Kong, aktiviti diteruskan dengan melawat Ocean Park Hong Kong. Perjalanan bermula selepas makan tengah hari di Kantin Masjid Ammar dan kemudian meneruskan perjalanan ke Ocean Park menggunakan bas. Ini adalah pelunag kami untuk menggunakan bas 2 tingkat pula. Ini adalah peluang untuk mencuba keseluruhan kemudahan yang ada. Malangnya hanya kereta api tengah jalan yang tidak berkesempatan.

Taman Tema Ocean Park jika di Malaysia sama seperti Taman Tema Genting Highlands. Di sini terdapat pelbagai permainan yang extrem untuk dicuba. Selain itu, terdapat pusat pameran lain yang sesuai untuk lawatan keluarga juga.

Oleh kerana Azfar dan Azwar masih kecil, kami tidak mencuba permainan extrem tersebut. Lagipun ia sama seperti pusat permainan Outdoor Taman Tema Genting.

Ocean Park dibahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian bawah dan bahagian atas. Untuk ke bahagian atas, kami perlu menggunakan kereta kabel. Ia terletak betul-betul di tebing laut atas bukit. Dari situ, kami boleh melihat permandangan sekitar laut Hong Kong.

Tempat pertama kami tuju ialah pusat pertunjukkan dolphin dan anjing laut. Malangnya penonton terlalu ramai dan oleh itu terpaksa menunggu pertunjukkan seterusnya. Untuk itu, kami melawat dahulu ke pusat anjing laut. Ia adalah pengalaman pertaman Sop melihat anjing laut secara real.

Selesai melawat, kami kembali ke pusat pertunjukkan dolphin dan anjing laut di Ocean Theater. Sungguh seronok melihat dolphin dan anjing laut beraksi. Ia telah dilatih dengan baik sekali.

Selain itu, kami meneruskan lawatan ke pusat-pusat lain seperti pameran obor-obor, pameran ikan, pameran panda dan lain-lain lagi.

Hari minggu, pusat Ocean Park dipenuhi dengan pengunjung. Kami tgelah menjangkakan perkara ini dan sebab itu pada rancangan awal, lawatan Ocean Park pada hari Jumaat. Tetapi kerana perkara yang tidak dapat dielakkan, perubahan jadual terpaksa dilakukan. Oleh kerana pelawat terlalu ramai, setiap pusat dipenuhi dengan pelawat. Setiap permainan atau pusat yang perlu giliran terpaksa beratur panjang.

Tiket untuk memasuki Ocean Park ialah HK$250 untuk dewasa dan HK$125 untuk kanak-kanak. Tiada gerai makanan halal di sini. Makanan luar tidak dibenarkan di bawa masuk dan terdapat pengawal yang memeriksa beg anda di pintu masuk. Oleh itu, kami telah makan sekenyang-kenyangnya sebelum ke sana.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di laman web Ocean Park Hong Kong.

Galeri gambar:

























EmoticonEmoticon